PERMULAAN
HIDUP SEORANG PRIMADONA
Pada tahun 1964 terurai segala rindu dendam apabila
suaminya kembali bertugas ke Kelantan setelah lapan tahun di perantauan. Gesekan
rebab,tingkah gendang dan paluan gong mengulit mimpi-mimpi Khatijah Awang setiap
hari seolah-olah mengajak turun bermain sekali.Cintanya terhadap seni Makyong
semakin mekar apabila pada tahun 1965,beliau menjadi penari Tarian Asyik iaitu
sebuah tarian istana. Kelunakan suara,bakat serta kebolehannya mula dikesan
oleh gurunya Che Umar Pendekar.Khatijah Awang masih teringat lagi kata-kata
gurunya bahawa beliau bakal menjadi terkenal bersama dengan Makyong kerana
Makyong akan menjadi sebutir permata berlian yang tinggi nilainya di suatu hari
nanti.
Insiden kurang sambutan yang berlaku terhadap Makyong
dalam satu Festival Budaya di Kuala Lumpur kerana Primadona Makyong pada ketika
itu telah lanjut usia amat menyedihkan
Khatijah.Cabaran yang diberikan oleh salah seorang rakan beliau untuk
mengantikan primadona yang telah lanjut
usia dan dapat mengembalikan kegemilangan seni Makyong telah membakar semangat beliau hingga melonjakkan
seni Makyong ke peringkat antarabangsa. Hal ini menyebabkan,beliau telah menubuhkan
satu kumpulanseni Makyong yang dapat memukau penonton dengan penari yang
jelita,busana yang indah dan menawan. Latar belakang asuhan keluarga yang ketat
telah mengajar Khatijah untuk berdisplin dan cekal untuk menghadapi onar dan
duri yang datang untuk mengugat semangat beliau.
Berkat
keizinan suaminya,Khatijah mulai serius mempelajari Makyong daripada ibu mertuanya Che Kemala Che Muhammad dan
nenek saudaranya Esah Pasir(nama gelaran). Ketekunan dan kesabaran yang tinggi
dalam menuntut ilmu telah membuahkan hasil apabila beliau berjaya menguasai
gerak tari dan ketertiban kesenian making dalam masa tiga bulan dan berjaya
menguasai lima buah lagu makyong.kegigihan Khatijah telah menghasilkan hasil
yang cukup indah apabila keharmonian antara suara dan gesekan rebab
digabungkan.ketika mulut berbicara,telinga mendengar,tangan dan kaki
melintuk-liuk mengikut alunan irama satu kepuasan yang tidak terucap oleh bibir
telah tercetus dan telah menghasilkan satu kenangan yang manis buat Primadona
Negara ini.
PENUBUHAN
KUMPULAN SERI TEMENGGUNG
Kumplan Seri Temenggung atau dikenali sebagai KST
ditubuhkan pada tahun 1969.Nama kumpulan ini di ambil sempena nama Tengku
Temenggung Kelantan yang telah banyak berjasa dalam memelihara dan
menyumbangkan jasa dalam arena seni Mak Yong ini.Kumpulan ini terdiri daripada
ahli keluarga yang terdekat yang mana telah banyak memberikan sumbangan dan
komitmen dalam menubuhakan kumpulan ini.Antara ahli keluarga terdekat yang
terlibat secara aktif di dalam arena seni mak yong ini adalah Pak Abdullah yang
mana merupakan bapa mertua Khatijah Awang.Segala aktiviti kumpulan ini telah
dijadualkan secara tersusun dan kebajikan setiap ahli yang mendaftarkan diri
adalah dijaga dengan baik dan rapi bagi
memastikan segala keperluan dan kebajikan ahli terjaga.Kumpulan ini telah
berkembang di bawah naungan Tan Sri Kamil yang telah berjaya membuka
cawangannya di Kuala Lumpur.Tujuan utama cawangan ini ditubuhkan adalah untuk
memastikan pergerakan aktiviti kumpulan ini dapat dipantau dan seterusnya dapat
membuka mata orang ramai tentang kewujudan kumpulan ini.Penubuhan cawangan ini
juga dibantu oleh Badan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan atas ilham Datuk
Hussian Ahmad.
Akibat daripada penubuhan cawangan ini,akitiviti seni ini
semakin berkembang dari hari ke hari dan mula dikenali ramai terutamanya
golongan generasi muda.Penubuhan cawangan ini juga telah memberikan ruang
kepada seniman negara ini untuk melebarkan sayap dalam bidang Mak Yong samada
di dalam negara mahpun luar negara.Hal ini dapat dibuktikan apabila kumpulan
ini telah berjaya mengadakan persembahan di beberapa buah negara seperti London,New
Zealand,Kuwait,German,Perancis dan lain-lain.Manakala di dalam negara
pula,persembahan ini bukan sahaja dipentaskan di semenanjung Malaysia bahkan di
Sabah dan Sarawak juga dipersembahkan kepada peminat-peminat seni Mak
Yong.Semasa persembahan di sabah dan Sarawak pementasan ini mendapat sambutan
daripada pengiat-pengiat seni serta peminat seni Mak Yong ini.Hal ini telah
menunjukkan bahawa seni ini masih mendapat sambutan walaupun seni ini bukan
berasal dari negeri Sabah dan Sarawak
tetapi seni ini tetap menjadi antara seni warisan yang perlu dipertahankan dan
di bangga oleh semua warga Malaysia.
Persembahan ini bukan sahaja dipertontonkan di Malayisa
sahaja malah turut dipertontonkan di luar negara.Persembahan yang diadakan
mendapat sambutan yang baik daripada peminat
seni di sana.Kebanyakan persembahan yang diadakan telah sedikit sebanyak
memikat hati penonton di negara berkenaan misalnya di asia tenggara persembahan
ini di adakan di singapura dan Indonesia.seni ini bukan sahaja dipermbahkan di
Benua Asia malahan juga turut dipersembahkan di Benua Eropah seperti
German,Perancis,New Zealand,Britian dan lain-lain. Di antara tajuk pementasan
yang telah dipersembahkan kepada para penonton adalah seperti Cerita Mak Yong
Indera Dewa dan Dewa Indera di Bonn,German pada tahun 1980-an.
Bagi persembahan yang diadakan di Asia Tenggara seperti Singapura
tajuk persembahan yang telah di pentaskan adalah The Last Mak Yong yang
dipentaskan pada tahun 1955.Pada tahun 1977 pula,seniman Negara ke-4 telah berjaya membawa kumpulan ini buat kali
kedua mempersembahkan seni mak yong ini di singapura yang mana tajuk
persembahan yang dipersembahkan adalah Anak Raja tangkai Hati yang mana telah
mendapat sambutan daripada peminat-peminat seni warisan nusantara.Hasil
daripada sambutan yang mengalakkan daripada peminat,sekali lagi khatijah awang
telah membawa kumpulan ini terbang ke singapura bagi merealisasikan hajat
khatijah awang untuk membuat persembahan
kali ketiga di bumi Negara di langgar todak.tajuk pementasan yang telah
dipersembahkan oleh kumpulan ini adalah Cerita Anak Raja Gondang pada tahun
1996
Penglibatan Khatijah selama 34 tahun di dalam kesenian
Makyung bukan sahaja berjaya mengharumkan nama beliau tetapi juga mampu
menaikkan taraf seni persembahan tarian Makyung setanding dengan seni teater
yang lain di persada seni Negara dan di peringkat Asia. Keberanian beliau dalam menubuhkan sebuah kumpulan tatkala
kesenian Makyung menyusuri zaman kemalapan patut dipuji. Sentuhan keibuan dan
kewanitaan beliau berjaya menyuntik semangat member imej baru kepada kesenian
tarian Makyung. Bagi menyemarakkan semangat Makyung, Khatijah sentiasa mencari
ruang dan peluang untuk terus menyampaikan cerita-cerita Makyung kepada
khalayak ramai. Melalui cara ini dapat membantu khalayak mengenali kesenian
Makyung dengan lebih mudah. Bak kata pepatah, ‘ Tak kenal maka tak cinta’.
SUMBANGAN KHATIJAH AWANG DALAM MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA.
Dalam menyusuri kehidupan sebagai seorang seninam Negara
yang ke-4,telah banyak sumbagan yang telah dipertaruhkan bagi memertabatkan
seni warisan mak yong yang telah dilupai oleh generasi kini.di antara sumbangan
yang telah dicurahkan oleh beliau adalah mempertontonkan persembahannya di
Pesta kebudayaan Asia di Universiti Malaya bersama-sama kumpulan seri
temunggung yang di asaskan oleh beliau sendiri.semasa persembahan ini di
jalankan,beliau juga mengambil bahagian dalam persembahan itu.hal ini
menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang berkomitmen tinggi dalam
melakukan dalam sesuatu kerja.khatijah awang dan kumpulan seri temenggung juga
diberikan peluang untuk mempersembahkan seni mak yong semasa persidangan muzik
tradisional dan teater asia tenggara pada tahun 1969.persidangan muzik
tradisional dan teater ini diadakan
adalah bertujuan untuk memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan warisan
nusantara.
Khatijah
awang juga telah diberikan kepercayaan bagi mewakili Negara untuk
mempersembahakan seni mak yong ini di hadapan ratu Elizabeth di London.hal ini
telah membuktikan bahawa bakat khatijah awang dihargai dan diterima umum.pencapaian
ini sangat membanggakan Negara kerana bukan mdah untuk seorang pengiat seni
mempersembahkan persembahan seni warisan ini di hadapan ratu Elizabeth.khatijah
awang juga telah menubuhkan akademi mak yong di bawah kelolaan kumpulan seri
temenggung bagi memastikan seni warisan ini tidak di makan dek zaman.tujuan
pernubuhan akademi ini adalah langkah awal bagi memastikan segala warisan yang
diturunkan oleh nenek moyang kita tidak hilang begitu sahaja malah akan menjadi
lebih berprsetij jika dikomersialkan.Khatijah Awang juga telah bergabung tenaga
dengan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Perlancongan dalam memelihara,menggembangkan
dan menggembalikan kegemilangan seni warisan Mak Yong yang telah diwarisi sejak
berzaman oleh nenek moyang kita.
Antara
persembahan-persembahan yang diarahkan dan dilakonkan sendiri oleh Khatijah Awang
adalah Anak Raja Tangkai Hati(1970-an)bertempat di Pantai Sabok
Kelantan,Taridra Ramayana(1971) di Indonesia sempena Festival Ramayana,Taridra
Pandang Wangi(1972) di Istana Balai Besar Kota Baharu Kelantan,dan
Makyung(1978)di Kuwait sempena Festival Kesenian.seterusnya sempena pertabalan
Sultan Ismail sebagai Sultan Kelantan,persembahan Makyung di Istana Kubang
Kerian,kemudian pada tahun 1990,sempena Festival Kesenian di Frankfurt
persembahan Dewa Indera Indera Dewa dipertontonkan.Persembahan terakhir yang
dilakonkan sendiri oleh Seniman Negara
Khatijah Awang adalah pada tahun 1998 sempena Festival Kebudayaan Komanwel yang
bertempat di Panggung Eksperimen yang mana tajuk persembahan yang di tayangkan
adalah Raja Tangkai Hati.
SUMBANGAN KHATIJAH AWANG SEBAGAI SEORANG PENDIDIK
Sebagai salah seorang pengiat seni yang memertabatkan
seni warisan Negara beliau juga turut memyumbangkan tenaga dan ilmu sebagai
seorang pengajar dan pendidik bagi seni warisan mak yong ini.antara usaha-usaha
yang telah di lakukan oleh beliau adalah menjadi tenaga pengajar kepada
pelajar-pelajar seni kreatif. Khatijah Awang juga pernah jadi pendidik untuk
mendidik para pelajar Akademik Seni Kebangsaan, pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia, Kumpulan Kesenian PETRONAS dan lain-lain agensi yang terlibat dalam
mendalami kesenian tarian Makyung.beliau dan suami juga mengajar serta
mempratikkan seni mak yong di dalam sanubari cahaya mata mereka agar mereka
mampu menjadi pelopor bagi generasi kini memeperjuangkan seni ma yong.bak kata
pepatah,”ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”begitulah jua dengan cahaya
mata khatijah awang dan zakaria.
Terdapat
tiga peringkat dalam proses pembelajaran seni mak yong ini.peringkat yang
pertama adalah peringkat asas dan utama.peingkat ini adalah sangat penting
kerana di peringkat ini khatijah awang akan memperkenalkan asas-asas tarian
serta cara pementasan sebenar mak yong.seseorang itu perlulah mendalami cara
tari dan pementasan mak yong dengan baik agar persembahan mak yong dapat
dipertontonkan dengan gahnya.pada peringkat kedua,khatijah awanag akan
menyerapkan penguasaan serta pemahaman bunga-bunga yang terdapat dalam
pergerakan tarian ragan mak yong.di tahap ini,semua pelajar haruslah menumpukan
segala perhatian kerana jika bunga dan pola lantai tarian itu berlainan maka ia
akan mencacatkan seni tari itu.peringkat terakhir yang perlu dipelajari oleh
para pelajar adalah peringkat penguasaan gerak tarian menghadap
rebab,penguasaan cra sembah tari,buka lantai serta tutup panggung.
Kesemua
ini adalah asas tarian yang di ajar oleh khatijah awang bagi memastikan semua
bakal pelapiis pengiat seni ini mempunyai ilmu yang mengcukupi bagi
mempersembahakan seni warisan Negara ini di khalayak ramai.sesungghnya segala
ilmu yang telah diperturunkan sangat bernilai tinggi dan kita sebagai genarasi
kini perlulah menjaganya dengan penuh berhemah.
SUMBANGAN KHATIJAH AWANG DALAM BIDANG PAKAIAN
Pada permulaan penglibatan khatijah awang di dalam seni
warisan Mak Yong,akibat daripada keayuan wajah dan kelunakkan suara yang
dimiliki oleh senimam Negara ini,maka beliau telah terpilih untuk menperagakan
pakaian tradisional.antara pencapaian yang di terima beliau adalah beliau
pernah dinobatkan sebagai ratu batek UMNO 1968.Hal ini telah menunjukkan bahawa
beliau mempunyai bakat dalam mempeeragakan pakaian tradisional warisan bangsa
nusantara.
Oleh hal demikian,sebagai
seorang penari serta seorang pengajar tarian yang penuh dengan seni ini,aspek
pakaian sangat di titik beratkan kerana bagi seni mak yong ini cara pemakaian
dan jenis pakaian yang di pakai oleh pemain adalah sangat penting kerana di
situlah wujudnya suasana seni mak yong.khatijah awang juga telah mempratikkan
busana mak yong dengan nilai-nilai islam serta budaya kita sebagai seorang yang
beragama islam serta tata tertib kita sebagai orang timur yang mementingkan
kesopanan.aspek pemakaian bagi peran juga di kenakan dengan mengikut corak
pakaian yang sesuai sebagai seorang pelawak di dalam seni mak yong.
No comments:
Post a Comment