Friday, November 2, 2012

Kehidupan Primadona Khatijah Awang



PERMULAAN HIDUP SEORANG PRIMADONA
Pada tahun 1964 terurai segala rindu dendam apabila suaminya kembali bertugas ke Kelantan setelah lapan tahun di perantauan. Gesekan rebab,tingkah gendang dan paluan gong mengulit mimpi-mimpi Khatijah Awang setiap hari seolah-olah mengajak turun bermain sekali.Cintanya terhadap seni Makyong semakin mekar apabila pada tahun 1965,beliau menjadi penari Tarian Asyik iaitu sebuah tarian istana. Kelunakan suara,bakat serta kebolehannya mula dikesan oleh gurunya Che Umar Pendekar.Khatijah Awang masih teringat lagi kata-kata gurunya bahawa beliau bakal menjadi terkenal bersama dengan Makyong kerana Makyong akan menjadi sebutir permata berlian yang tinggi nilainya di suatu hari nanti.
       Insiden  kurang sambutan yang berlaku terhadap Makyong dalam satu Festival Budaya di Kuala Lumpur kerana Primadona Makyong pada ketika itu  telah lanjut usia amat menyedihkan Khatijah.Cabaran yang diberikan oleh salah seorang rakan beliau untuk mengantikan primadona  yang telah lanjut usia dan dapat mengembalikan kegemilangan seni Makyong  telah membakar semangat beliau hingga melonjakkan seni Makyong ke peringkat antarabangsa. Hal ini menyebabkan,beliau telah menubuhkan satu kumpulanseni Makyong yang dapat memukau penonton dengan penari yang jelita,busana yang indah dan menawan. Latar belakang asuhan keluarga yang ketat telah mengajar Khatijah untuk berdisplin dan cekal untuk menghadapi onar dan duri yang datang untuk mengugat semangat beliau.
         Berkat keizinan suaminya,Khatijah mulai serius mempelajari Makyong daripada  ibu mertuanya Che Kemala Che Muhammad dan nenek saudaranya Esah Pasir(nama gelaran). Ketekunan dan kesabaran yang tinggi dalam menuntut ilmu telah membuahkan hasil apabila beliau berjaya menguasai gerak tari dan ketertiban kesenian making dalam masa tiga bulan dan berjaya menguasai lima buah lagu makyong.kegigihan Khatijah telah menghasilkan hasil yang cukup indah apabila keharmonian antara suara dan gesekan rebab digabungkan.ketika mulut berbicara,telinga mendengar,tangan dan kaki melintuk-liuk mengikut alunan irama satu kepuasan yang tidak terucap oleh bibir telah tercetus dan telah menghasilkan satu kenangan yang manis buat Primadona Negara ini.


PENUBUHAN KUMPULAN SERI TEMENGGUNG
Kumplan Seri Temenggung atau dikenali sebagai KST ditubuhkan pada tahun 1969.Nama kumpulan ini di ambil sempena nama Tengku Temenggung Kelantan yang telah banyak berjasa dalam memelihara dan menyumbangkan jasa dalam arena seni Mak Yong ini.Kumpulan ini terdiri daripada ahli keluarga yang terdekat yang mana telah banyak memberikan sumbangan dan komitmen dalam menubuhakan kumpulan ini.Antara ahli keluarga terdekat yang terlibat secara aktif di dalam arena seni mak yong ini adalah Pak Abdullah yang mana merupakan bapa mertua Khatijah Awang.Segala aktiviti kumpulan ini telah dijadualkan secara tersusun dan kebajikan setiap ahli yang mendaftarkan diri adalah dijaga dengan baik dan rapi bagi  memastikan segala keperluan dan kebajikan ahli terjaga.Kumpulan ini telah berkembang di bawah naungan Tan Sri Kamil yang telah berjaya membuka cawangannya di Kuala Lumpur.Tujuan utama cawangan ini ditubuhkan adalah untuk memastikan pergerakan aktiviti kumpulan ini dapat dipantau dan seterusnya dapat membuka mata orang ramai tentang kewujudan kumpulan ini.Penubuhan cawangan ini juga dibantu oleh Badan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan atas ilham Datuk Hussian Ahmad.
Akibat daripada penubuhan cawangan ini,akitiviti seni ini semakin berkembang dari hari ke hari dan mula dikenali ramai terutamanya golongan generasi muda.Penubuhan cawangan ini juga telah memberikan ruang kepada seniman negara ini untuk melebarkan sayap dalam bidang Mak Yong samada di dalam negara mahpun luar negara.Hal ini dapat dibuktikan apabila kumpulan ini telah berjaya mengadakan persembahan di beberapa buah negara seperti London,New Zealand,Kuwait,German,Perancis dan lain-lain.Manakala di dalam negara pula,persembahan ini bukan sahaja dipentaskan di semenanjung Malaysia bahkan di Sabah dan Sarawak juga dipersembahkan kepada peminat-peminat seni Mak Yong.Semasa persembahan di sabah dan Sarawak pementasan ini mendapat sambutan daripada pengiat-pengiat seni serta peminat seni Mak Yong ini.Hal ini telah menunjukkan bahawa seni ini masih mendapat sambutan walaupun seni ini bukan berasal dari  negeri Sabah dan Sarawak tetapi seni ini tetap menjadi antara seni warisan yang perlu dipertahankan dan di bangga oleh semua warga Malaysia.
      
Persembahan ini bukan sahaja dipertontonkan di Malayisa sahaja malah turut dipertontonkan di luar negara.Persembahan yang diadakan mendapat sambutan  yang baik daripada peminat seni di sana.Kebanyakan persembahan yang diadakan telah sedikit sebanyak memikat hati penonton di negara berkenaan misalnya di asia tenggara persembahan ini di adakan di singapura dan Indonesia.seni ini bukan sahaja dipermbahkan di Benua Asia malahan juga turut dipersembahkan di Benua Eropah seperti German,Perancis,New Zealand,Britian dan lain-lain. Di antara tajuk pementasan yang telah dipersembahkan kepada para penonton adalah seperti Cerita Mak Yong Indera Dewa dan Dewa Indera di Bonn,German pada tahun 1980-an.
Bagi persembahan yang diadakan di Asia Tenggara seperti Singapura tajuk persembahan yang telah di pentaskan adalah The Last Mak Yong yang dipentaskan pada tahun 1955.Pada tahun 1977 pula,seniman Negara ke-4  telah berjaya membawa kumpulan ini buat kali kedua mempersembahkan seni mak yong ini di singapura yang mana tajuk persembahan yang dipersembahkan adalah Anak Raja tangkai Hati yang mana telah mendapat sambutan daripada peminat-peminat seni warisan nusantara.Hasil daripada sambutan yang mengalakkan daripada peminat,sekali lagi khatijah awang telah membawa kumpulan ini terbang ke singapura bagi merealisasikan hajat khatijah awang untuk  membuat persembahan kali ketiga di bumi Negara di langgar todak.tajuk pementasan yang telah dipersembahkan oleh kumpulan ini adalah Cerita Anak Raja Gondang pada tahun 1996
Penglibatan Khatijah selama 34 tahun di dalam kesenian Makyung bukan sahaja berjaya mengharumkan nama beliau tetapi juga mampu menaikkan taraf seni persembahan tarian Makyung setanding dengan seni teater yang lain di persada seni Negara dan di peringkat Asia. Keberanian beliau  dalam menubuhkan sebuah kumpulan tatkala kesenian Makyung menyusuri zaman kemalapan patut dipuji. Sentuhan keibuan dan kewanitaan beliau berjaya menyuntik semangat member imej baru kepada kesenian tarian Makyung. Bagi menyemarakkan semangat Makyung, Khatijah sentiasa mencari ruang dan peluang untuk terus menyampaikan cerita-cerita Makyung kepada khalayak ramai. Melalui cara ini dapat membantu khalayak mengenali kesenian Makyung dengan lebih mudah. Bak kata pepatah, ‘ Tak kenal maka tak cinta’.


SUMBANGAN KHATIJAH AWANG DALAM MENGHARUMKAN NAMA                MALAYSIA.
Dalam menyusuri kehidupan sebagai seorang seninam Negara yang ke-4,telah banyak sumbagan yang telah dipertaruhkan bagi memertabatkan seni warisan mak yong yang telah dilupai oleh generasi kini.di antara sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau adalah mempertontonkan persembahannya di Pesta kebudayaan Asia di Universiti Malaya bersama-sama kumpulan seri temunggung yang di asaskan oleh beliau sendiri.semasa persembahan ini di jalankan,beliau juga mengambil bahagian dalam persembahan itu.hal ini menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang berkomitmen tinggi dalam melakukan dalam sesuatu kerja.khatijah awang dan kumpulan seri temenggung juga diberikan peluang untuk mempersembahkan seni mak yong semasa persidangan muzik tradisional dan teater asia tenggara pada tahun 1969.persidangan muzik tradisional dan teater  ini diadakan adalah bertujuan untuk memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan warisan nusantara.
       Khatijah awang juga telah diberikan kepercayaan bagi mewakili Negara untuk mempersembahakan seni mak yong ini di hadapan ratu Elizabeth di London.hal ini telah membuktikan bahawa bakat khatijah awang dihargai dan diterima umum.pencapaian ini sangat membanggakan Negara kerana bukan mdah untuk seorang pengiat seni mempersembahkan persembahan seni warisan ini di hadapan ratu Elizabeth.khatijah awang juga telah menubuhkan akademi mak yong di bawah kelolaan kumpulan seri temenggung bagi memastikan seni warisan ini tidak di makan dek zaman.tujuan pernubuhan akademi ini adalah langkah awal bagi memastikan segala warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita tidak hilang begitu sahaja malah akan menjadi lebih berprsetij jika dikomersialkan.Khatijah Awang juga telah bergabung tenaga dengan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Perlancongan dalam memelihara,menggembangkan dan menggembalikan kegemilangan seni warisan Mak Yong yang telah diwarisi sejak berzaman oleh nenek moyang kita.
       Antara persembahan-persembahan yang diarahkan dan dilakonkan sendiri oleh Khatijah Awang adalah Anak Raja Tangkai Hati(1970-an)bertempat di Pantai Sabok Kelantan,Taridra Ramayana(1971) di Indonesia sempena Festival Ramayana,Taridra Pandang Wangi(1972) di Istana Balai Besar Kota Baharu Kelantan,dan Makyung(1978)di Kuwait sempena Festival Kesenian.seterusnya sempena pertabalan Sultan Ismail sebagai Sultan Kelantan,persembahan Makyung di Istana Kubang Kerian,kemudian pada tahun 1990,sempena Festival Kesenian di Frankfurt persembahan Dewa Indera Indera Dewa dipertontonkan.Persembahan terakhir yang dilakonkan  sendiri oleh Seniman Negara Khatijah Awang adalah pada tahun 1998 sempena Festival Kebudayaan Komanwel yang bertempat di Panggung Eksperimen yang mana tajuk persembahan yang di tayangkan adalah Raja Tangkai Hati. 


SUMBANGAN KHATIJAH AWANG SEBAGAI SEORANG PENDIDIK
Sebagai salah seorang pengiat seni yang memertabatkan seni warisan Negara beliau juga turut memyumbangkan tenaga dan ilmu sebagai seorang pengajar dan pendidik bagi seni warisan mak yong ini.antara usaha-usaha yang telah di lakukan oleh beliau adalah menjadi tenaga pengajar kepada pelajar-pelajar seni kreatif. Khatijah Awang juga pernah jadi pendidik untuk mendidik para pelajar Akademik Seni Kebangsaan, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kumpulan Kesenian PETRONAS dan lain-lain agensi yang terlibat dalam mendalami kesenian tarian Makyung.beliau dan suami juga mengajar serta mempratikkan seni mak yong di dalam sanubari cahaya mata mereka agar mereka mampu menjadi pelopor bagi generasi kini memeperjuangkan seni ma yong.bak kata pepatah,”ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”begitulah jua dengan cahaya mata khatijah awang dan zakaria.
       Terdapat tiga peringkat dalam proses pembelajaran seni mak yong ini.peringkat yang pertama adalah peringkat asas dan utama.peingkat ini adalah sangat penting kerana di peringkat ini khatijah awang akan memperkenalkan asas-asas tarian serta cara pementasan sebenar mak yong.seseorang itu perlulah mendalami cara tari dan pementasan mak yong dengan baik agar persembahan mak yong dapat dipertontonkan dengan gahnya.pada peringkat kedua,khatijah awanag akan menyerapkan penguasaan serta pemahaman bunga-bunga yang terdapat dalam pergerakan tarian ragan mak yong.di tahap ini,semua pelajar haruslah menumpukan segala perhatian kerana jika bunga dan pola lantai tarian itu berlainan maka ia akan mencacatkan seni tari itu.peringkat terakhir yang perlu dipelajari oleh para pelajar adalah peringkat penguasaan gerak tarian menghadap rebab,penguasaan cra sembah tari,buka lantai serta tutup panggung.
         Kesemua ini adalah asas tarian yang di ajar oleh khatijah awang bagi memastikan semua bakal pelapiis pengiat seni ini mempunyai ilmu yang mengcukupi bagi mempersembahakan seni warisan Negara ini di khalayak ramai.sesungghnya segala ilmu yang telah diperturunkan sangat bernilai tinggi dan kita sebagai genarasi kini perlulah menjaganya dengan penuh berhemah.



SUMBANGAN KHATIJAH AWANG DALAM BIDANG PAKAIAN
Pada permulaan penglibatan khatijah awang di dalam seni warisan Mak Yong,akibat daripada keayuan wajah dan kelunakkan suara yang dimiliki oleh senimam Negara ini,maka beliau telah terpilih untuk menperagakan pakaian tradisional.antara pencapaian yang di terima beliau adalah beliau pernah dinobatkan sebagai ratu batek UMNO 1968.Hal ini telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai bakat dalam mempeeragakan pakaian tradisional warisan bangsa nusantara.
        Oleh hal demikian,sebagai seorang penari serta seorang pengajar tarian yang penuh dengan seni ini,aspek pakaian sangat di titik beratkan kerana bagi seni mak yong ini cara pemakaian dan jenis pakaian yang di pakai oleh pemain adalah sangat penting kerana di situlah wujudnya suasana seni mak yong.khatijah awang juga telah mempratikkan busana mak yong dengan nilai-nilai islam serta budaya kita sebagai seorang yang beragama islam serta tata tertib kita sebagai orang timur yang mementingkan kesopanan.aspek pemakaian bagi peran juga di kenakan dengan mengikut corak pakaian yang sesuai sebagai seorang pelawak di dalam seni mak yong.
       




Wednesday, March 7, 2012

semester 4~~

haaaaa....saya kembali menceriakan kembali blog yang telah lame menyepi setelah ujung sem 3 last mengupdate post....oke permulaan sem baru yang agak kurang baek sb uit ptptpu dapat kurang daripada yang sebelum ni...b4 this biasa dpt dlm 1900...tapi kali ni dapat 1500...setelah menolak uit hidup roadtax rm 300...tinggalah 1200...ditambah pula ngan mcm2 byran yg kne bayar....adoii...berkurang sedikit demi sedikit....bukan nk merungut tapi nk mengadu nasib...

setelah hampir 6 bulan kesunyian...kemudia kembali ceria dgn kehadiran seseora,g...tapi disangka panas hingga ke ptg...tapi rupanya hujan di pukul 6..adoiyai...apelah nasib...xper2...biarkan dia dgn masalah2 dia....xsemua yang kita mahukan itu kita akan dpat...bukan semua itu milik kita....andai kata semua itu milik kita...kita mungkin akan kehilangannya apabila masanya nanty...

oke sekrang nk citer pasal novel hati saya...tag tmpt yang biasa saya gune untuk fb saya....NOVEL HATI SAYA....biasa orang orang tanye...pe benda novel hati saya uh....heeee....dia bukan sekadar novel biasa...tetapi novel yang merungkaikan ape yang hati saya rasa pada saat itu...bukan semua org boley tahu ape yg hati kita rasakan...tapi bukn semua gak yang xtahu pasal hati  kita...ada yang tahu...n memahaminya...

dalam mengejar kemanisan sebagai seorang pelajar ....pelbagai masalah yang dtg...masalah kwangan lah yang paling ketara bagi saya...makan terpaksa dicatu..biasanya di hujung sem baru dicatu...tetapi kini...awal sem dah catu mkn...bila dah catu..mulalah mcm2 penyakit yang datang...terutamanya penyakit kesayangan aku...RESDUNG....sayang na dia at aku sampai berkali2 datang....adoiyaii...

ha cukuplah untuk awal sem nie....merepek2 ckit sb assingment pon ru dapat...so time to blajaulahhh !



~~Novel Hati Saya~~

Wednesday, December 14, 2011

lame menghilang

disebabkan sudah lame aku dah xmengupdate my blog nie...so time to menokok tambah mcm2 citer yang aku telah lalui sepanjang menjadi pelajar semester 3 nie...
ok fine bile masuk je sem 3 nie...satu bnda je bermain at mnda aku...conform x tentu arah coz kelas aku ngan mmbr aku yang lain semua carca marba..haha

tapi selamat aku satu kelas ngan mmbr aku yang ag sorang uh...lo x lagi aku huru hara coz sorang2 lam kelas uh...hahah..anyway 
ada ag satu bnda yg xbesh...suksis now mmg poning an palo den..ngan mcm2 program ag..
pastu dahlah mcm2 program..duit kene tapau pon  agak menimbun kot...poning palo den..hahah

tapi dalam carca marba aku pon..alhamdulilah..assingment aku semua setel dlam masa 7 minggu jew...dalam tgk mmbr aku yang lain semua x tentu arah uatkje last minit..aku dah relakk...
do tekaangkang je lam bilik..just g kelas mana yang patot datang kene datang..then balik bilik pastu tido puas2..hahah...bangun petang then bersukan pulakk...haha..mmg puaslahhh...

tapi an sejak aku dah xda pape komitmen nie an..besh pulah berkawan ngan semua gull...lo x uat dono jew...
yelah ada sampai ckp aku sombonk lahh..ag pon mmg ramai ckp aku sombonk..bukan sombonk senarnya..aku maluuuu...ngeeee..... :P)
aibb..dah melalut dah nie...

berkenaan ngan kawan2 coz aku...semni trip kami kami g TELUK BATEK..haha..tapi pengarah program x g plakk..hahah...g sane mmg besh lah mule2...then tibe time utk ber"bbq" ujan selebat2nya...mampuih nk kne pungah arang n semua barang dalam pondok...
dah lah pndok berlubang2...abis semua lenjun....

dalam kehujanan uh...masak gaklah..n akhirnya...siap n time to makan...n tunjuk gamba xley..coz time uh ujannn...so semua synglah hp mahal masing2..haha...
bedetik je jam 3 pagi...ujan mulai berhenti dan kami memulakan aktivity memancing kmi...haha...mmg besh lahh...sekor pon xdpt..haha...sbnye  ?
ada orang pasang jaring..manelah nk dptttt....



ni nk kongsi..slah satu tempat yang besh utk tido adalah di tepi pantai...mmg besh gilerr..coz suam2 jew aww...then lagi besh lo tanam badan dalam pasir...seyes..mmg selesa gilerr..
mmg tido sampai xsedaq lah dah pagi...ada mmbr aku kul 6 dah terjun laut...dia ckp pagi2 ni bukanye sejuk mcm air terjun..tapi panas...mule2 caye..then trjun gak...
n the result...mmg suam ! hahah...

utk sem ni g teluk batek jelah baru yang kami g...tapi gamba x banyak coz time uh ujan an...
next trip yang dalam perancangan adalah ke langkawiii...hahah...
lagkawi owh langkawi..dah lah ngah kopak niehh..mau g langkawi pulakkk..adoiyaiii...hahah

haha...lame x update blog..sekaly updagte..berterabur jd nyer haa....haha...dahlah membebela ku nie..
kbai see next postt...bubyeeeeeee



Saturday, August 13, 2011

aktiviti memancing NWB

haha...ha kali ni post nk tunjukkan gambar ikan yg telah berjaya ditawan oleh sahabat2 NWB shift B....sifu besa suda menaikan 10kg tongsan...n itu rekod yg perlu dipecahkan oleh semua sahabat... 


























haha...semoga semua ahli di dalam arena meamncing nie dpt memecahkan rekod sifu tuh...hehehe

Tuesday, August 9, 2011

kenangan ku....

haha...sudah lame aku tidak membanjiri tanah jajahn aku nieh ngan kata2 yg mcm2...hehehe...mcm2 pengalaman lah aku timba seasa bekerja semasa di NWB...haha...pengalaman bekerja ngan pekerja asing...komen ? haha..bg aku mereka semua sgt rajin...mmg rajin sgt1...aku kekadang pon kalah ngan diaorg....seyes mmg diaorg terbaiklah....

pastu pengalaman kedua plak...bekerja ngan org yg tidak ada sgt ilmu tetapi mereka idup dgn pengalaman seumur hidup mereka...mmg bnda uh lah aku nk timba n pelajari dari mereka...bnda uh bukan sng nk dpt...ilmu mcm at skolah uh mmg sng nk dpt coz kite dtg je skolah n belajar insyallah kita dah peroleh ilmu itu...tetapi berbeza ngan bnda ni...bnda ni memerlukan kita menghadapi pekara tu...sesetengah daripada kita tkut nk mencuba sesuatu yg baru...bukan sng nk cube sesuatu yg baru..tkut dgn risiko yg bakal menimpa....

pengalaman ketiga plak...berkawan dgn manusia yg ada mcm2 pengalaman hidup...ada yg idup dgn drug...ada yg idup dgn gambel...tapi mmg dari lahiriah mereka kelihatan truk...tp mereka msih ada budi pekerti...tidak sperti bdk2 skunk yg mempunyai ilmu setinggi gunug...tapi manners...out....mmg totally out...bnda uh mmg nampak skunk...aku lagi suke blaja dari pengalaman daripada blaja berdasarkan teori tanpa menguji teori tu samada teori uh btol atau sekadar omongan kosong...

pengalaman ketiga plak...bekerja dengan mengunnakan tenaga kudrat kita....pekerjaan at dunia nie mcm2 ada...ada yg memerlukan tenangan befikir lebey bnyak...ada yg menggunakan tenagan fizikal dengan lebey bnyk...bagi aku...b4 aku merasa menggunakan tenaga bekerja dengan menggunakan pemikiran...better aku merasa yg menggunakan fizikal...biar aku dpt merasa perbandingan alam pekerjaan aku bakal tempuhi suatu masa nanty...

haha...pengalaman last nieh...agak kelaka....bekerja sambil berpuasa...haha..ingat sng kerrr??? mcm org gilerr kieje lo ngah puasa ni...dpt plak kerja at kilang yg memerlukan tenaga yg bnyk untuk bekerja...totally out of service bile petang menjelma...time tulah dpt tgk masing2 ngan gelagat msing2...ada yg dok memonteng jo...(jgn mara kalo megata...heeee...) tapi bnda uh biasalah...pnt bekerja an...

haha..setakat nieh jolah pengalaman aku nieh...ingat sng ker nk dpt pengalaman nieh...susah wooo....mcm2 kne tempuh...mcm2 kene hadap...tapi bnda uh lah yg akan jadi pengalaman yg paling bermakna dlm idp kita...ha dlm post kali nieh...aku akana tinggalkan gamba kenang2an.....
















Saturday, July 2, 2011

kereta2 polis di dunia



haha...ri ni aku nk showkan kat korang antara kereta2 yg digunapakai oleh polis2 di seluruh dunia...sebab nya aku uat post nieh ? aku an suksis...so saje nk kongsi gambar2 jew...heheh enjoy the pic...





























ha dah tgk an...xdalah bnyk sgt pon gamba dia...tapi sekadar nk gtaw skunk ni polis pon dah kai kte giler best...tapi ada gak polis di negara mundur yg masih menggunakan kereta yg xbest...tetapi mereka tetap menjalankan tugas yg same iaitu menjaga keamanan masyarakat sekeliling....